Matlamat utama kami adalah untuk memberi kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan demi membantu pekebun kecil, ladang persendirian dan pengguna baja kami untuk memperoleh hasil yang optimum sepanjang tahun. Kualiti produk baja kami telah diperakui oleh semua pelanggan sedia ada di seluruh Malaysia. Salah satu daripada misi syarikat adalah untuk memastikan semua pekebun atau pengusaha ladang kelapa sawit khasnya terus membaja untuk memastikan mereka memperoleh hasil yang optimum bagi setiap ladang mereka.