Latar Belakang

Kami mempunyai satu matlamat

AGRO SURGE SDN BHD

Syarikat Agro Surge Sdn Bhd, “Agro Surge” adalah sebuah syarikat milik 100%. Bumiputra yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 6hb Januari 2016.

Bermula secara kecil-kecilan semenjak tahun 2011 sebagai syarikat Milikan Tunggal dan berpengalaman di dalam sistem pengurusan ladang.

Sejak awal penubuhan syarikat Agro Surge memainkan peranan sebagai syarikat yang memasarkan produk sokongan perladangan iaitu Baja NPK Kimia dan Organik bagi tanaman kelapa sawit diseluruh Malaysia.

Namun begitu, pada Mac 2018, syarikat kami telah menubuhkan
sebuah kilang pemprosesan baja kimia jenis campuran dan kuantiti pengeluaran adalah sebanyak 1000 – 1500 tan metrik sebulan.

Syarikat Kami juga menawarkan perkhidmatan seperti lawatan
ladang, nasihat teknikal, khidmat selepas jualan “after sales services”
dan lain-lain.

Misi Kami

Mempunyai mesin pemprosesan baja yang berkapasiti tinggi dan mampu memenuhi permintaan pengguna dengan mencukupi. 

Membina kumpulan pemasaran yang lebih ramai bagi meningkatkan jualan baja ke seluruh Malaysia.

Mencapai minimum 1 ekar = 1 tan hasil bagi tanaman kelapa sawit milikan pekebun di seluruh Malaysia.

Memperoleh sekurang-kurangnya 15 stokis “Dealer” bagi produk Sawit Emas di setiap Negeri.

Visi Kami

Menjadi Syarikat Pembekal dan Pengilang baja kimia NPK utama di Malaysia 
dan berupaya menghasilkan sehingga 150,000 tan metrik baja setahun pada tahun
 2028.

Objektif Kami

LOGO AGRO SURGE SDN BHD

CEO Agro Surge Sdn Bhd

Bermula dengan sebuah syarikat kecil yang hanya menjual maksimum 30 tan metrik sahaja sebulan, sehingga pengeluaran sendiri yang mencecah 1500 tan metrik sebulan…

Sungguh pun begitu, kami tekad untuk terus melangkah demi mencapai visi syarikat yang masih jauh. Berbekalkan polisi syarikat yang sentiasa mengutamakan kualiti produk sehingga membantu penghasilan optimum setiap ladang yang menggunakan Sawit Emas, kami yakin untuk melangkah lebih laju dan lebih jauh.

1 ekar = 1 tan, itu misi kami. Walaupun ada yang telah berjaya mencapai sehingga 

1 ekar = 3 tan (pada waktu puncak) semoga ia adalah pasti untuk semua pekebun sawit di Malaysia. 

Bersyukur diatas sokongan semua pelanggan yang telah bersama kami sehingga kini, Kami berjanji akan terus mengeluarkan produk yang terbaik demi semua pekebun di seluruh Malaysia.

Semoga usaha kita sentiasa diberkati dan dirahmati.

Ingat SAWIT Ingat SAWIT EMAS!

Siti Hawa Jaafar

CEO

Kontrak yang diberikan

  • RISDA BAJA SDN BHD

    2016

    BEKALAN KIESERITE 140MT, MOP 420MT, SOA 220MT KE RISDA BAJA SDN BHD

  • SINERGI PERDANA MARKETING SDN BHD

    2017

    BEKALAN NK 27 CAMPURAN (11.6/27.0) BAJA UNTUK KEPERLUAN FELDA & FELDA TECHNOPLANT MULAI FEB 2017 - JUN 2017, DIPEROLEHI DARIPADA SINERGI PERDANA MARKETING SDN BHD

  • PKNP AGRO-TECH

    2017

    SUPPLY OF CHEMICAL FERTILIZERS TO PKNP AGRO-TECH FROM JAN 2017 - JUNE 2017

  • SYMPHONY HILLS SDN BHD

    2017

    MEMBEKAL BAJA KIMIA KEPADA SYMPHONY HILLS SDN BHD SYARIKAT SUBSIDIARI UEM SUNRISE SDN BHD

  • YP PLANTATION HOLDINGS SDN BHD

    2018, 2019

    BEKALAN BAJA GML KEPADA YP PLANTATION HOLDINGS SDN BHD MULAI MAC 2018 - JUN 2018

    BEKALAN BAJA MOP KEPADA YP PLANTATION HOLDINGS SDN BHD MULAI MAC 2019 - DIS 2019

  • LKPP CORPORATION SDN BHD

    2019, 2020

    PEMBEKALAN BAJA SOA KEPADA LKPP CORPORATION SDN BHD SYARIKAT SUBSIDIARI NEGERI PAHANG

    BEKALAN BAJA PRIL UREA 46% KEPADA LKPP CORPORATION SDN BHD SYARIKAT SUBSIDIARI NEGERI PAHANG