Visi & Misi

Kami mempunyai satu matlamat

Pengenalan

Syarikat Agro Surge Sdn Bhd, “Agro Surge” adalah sebuah syarikat milik 100%. Bumiputra yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada
6hb Januari 2016.

Bermula secara kecil-kecilan semenjak tahun 2011 sebagai syarikat Milikan Tunggal dan berpengalaman di dalam sistem pengurusan ladang.

Sejak awal penubuhan syarikat Agro Surge memainkan peranan sebagai syarikat yang memasarkan produk sokongan perladangan iaitu Baja NPK Kimia dan Organik bagi tanaman kelapa sawit diseluruh Malaysia.

Namun begitu, pada Mac 2018, syarikat kami telah menubuhkan
sebuah kilang pemprosesan baja kimia jenis campuran dan kuantiti pengeluaran adalah sebanyak 1000 – 1500 tan metrik sebulan.

Syarikat Kami juga menawarkan perkhidmatan seperti lawatan
ladang, nasihat teknikal, khidmat selepas jualan “after sales services”
dan lain-lain.

Misi Kami

Mempunyai mesin pemprosesan baja yang berkapasiti tinggi dan mampu memenuhi permintaan pengguna dengan mencukupi. 

Membina kumpulan pemasaran yang lebih ramai bagi meningkatkan jualan baja ke seluruh Malaysia.

Mencapai minimum 1 ekar = 1 tan hasil bagi tanaman kelapa sawit milikan pekebun di seluruh Malaysia.

Memperoleh sekurang-kurangnya 15 stokis “Dealer” bagi produk Sawit Emas di setiap Negeri.

Visi Kami

Menjadi Syarikat Pembekal dan Pengilang baja kimia NPK utama di Malaysia 
dan berupaya menghasilkan sehingga 150,000 tan metrik baja setahun pada tahun
 2028.
handglobe

kecil-kecil cili padi...

Bermula dengan sebuah syarikat kecil yang hanya menjual maksimum 30 tan metrik sahaja sebulan, sehingga pengeluaran sendiri yang mencecah 1500 tan metrik sebulan…

Sungguh pun begitu, kami tekad untuk terus melangkah demi mencapai visi syarikat yang masih jauh. Berbekalkan polisi syarikat yang sentiasa mengutamakan kualiti produk sehingga membantu penghasilan optimum setiap ladang yang menggunakan Sawit Emas, kami yakin untuk melangkah lebih laju dan lebih jauh.

1 ekar = 1 tan, itu misi kami. Walaupun ada yang telah berjaya mencapai sehingga 

1 ekar = 3 tan (pada waktu puncak) semoga ia adalah pasti untuk semua pekebun sawit di Malaysia. 

Bersyukur diatas sokongan semua pelanggan yang telah bersama kami sehingga kini, Kami berjanji akan terus mengeluarkan produk yang terbaik demi semua pekebun di seluruh Malaysia.

Semoga usaha kita sentiasa diberkati dan dirahmati.

Ingat SAWIT Ingat SAWIT EMAS!

Siti Hawa Jaafar

CEO